SunLiTe Advisory & Management

02 · SunLiTe

Panduan Gabungan Hutang

Bandingkan pembiayaan baharu untuk menyelesaikan hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi tertentu. Fahami ansuran baharu, tempoh, fi serta jumlah bayaran—bukan ansuran rendah sahaja.

Konsultasi awal percuma. Mesej bot WhatsApp bila-bila masa; perunding menyambung pada waktu konsultasi.

Bila perbualan ini membantu

Mulakan dengan keputusan yang anda nak buat.

Kami mulakan dengan tujuan dan maklumat yang anda sudah tahu. Tak perlu fail permohonan lengkap untuk perbualan pertama.

01

Komitmen bulanan mula terasa berat

02

Baki pendapatan bulanan semakin terhad

03

Nak bandingkan ansuran rendah dengan tempoh bayaran lebih panjang

Apa yang anda dapat

Lebih jelas apa yang perlu dibandingkan dan disediakan.

Anda dapat penerangan rekod dan bayaran berkaitan, perbandingan langkah seterusnya serta maklumat yang perlu disediakan untuk penilaian penyedia. Anda membuat pilihan selepas faham skop dan fi yang dicadangkan.

SunLiTe memberi konsultasi dan rujukan. Pembiayaan baharu dinilai dan diberikan oleh pemberi pinjaman. Ini berbeza daripada penstrukturan semula oleh bank atau bantuan AKPK. Kelulusan dan terma akhir ditentukan oleh pemberi pinjaman.

  1. 01
    Baki hutang dan bayaran bulanan
  2. 02
    Komitmen lain serta pendapatan biasa
  3. 03
    Jumlah penyelesaian, kos pembiayaan baharu dan jumlah bayaran keseluruhan

Maklumat yang membantu

Sediakan yang berkaitan sahaja.

  • Baki hutang semasa
  • Bayaran bulanan semasa
  • Pendapatan selepas potongan wajib, sebelum potongan pinjaman
  • Masalah bayaran yang anda nak faham

Muat naik kepada AI ialah semakan kendiri. Perunding meminta dokumen secara berasingan melalui saluran disahkan, hanya jika berkaitan dengan khidmat yang anda pilih.

Panduan kongsi dokumen →

Konsultasi awal percuma

Bincang perkhidmatan ini dengan SunLiTe.

Tiada bayaran awal. Skop kerja berbayar dan sebut harga dijelaskan secara bertulis dahulu.

Tanya Tentang Gabungan Hutang →